Jumaat, November 9

WE NEVER EVER GETTING BACK TOGETHER

Dah lama aku tak jengguk blog aku ni..ada rasa rindu nak coret2 dinding blog ni..
 
Berapa tahun aku tak jumpa, tak contact, tak langsung berkaitan tapi tetiba kami jumpa di alam maya..buat pertama kali nya.Aku ingat kau marah aku sepertimana aku telah tinggalkan kau sebelum ini.Namun bila kau txt aku kau langsung tak menunjukkan yang kau sakit hati dan benci pada aku...kau txt aku macam kau kawan lama aku yang hilang tanpa jejak.
 
Aku jadi curiga pula bila kau mula minta no aku.Sebelum ini aku pernah mengharapkan kau mencari aku dan minta no aku seperti hari ini tapi kau cuma diam.dan sekarang bila aku tak mengharapkan apa2 dari kau, kau pula muncul dan minta no aku...apalah guna kau minta no aku sekarang sedangkan aku telah cuba melupakan kau dan sedaya upaya menerima kenyataan kau juga sudah berpunya.
 
Apa patut aku lakukan?Aku sendiri tak pasti kenapa kau berbuat seperti itu dan apa tujuan kau?kau nak membalas dendam ke atau apa?aku minta maaf sebab telah melukakan kau pada suatu masa dahulu.dan sangat menyesali nya...sungguh.tapi mungkin ini takdir kau dan aku jadi aku akur akan takdir yang memisahkan kita dan pernah menyatukan kita suatu masa dulu.
 
Walaubagaimana pun aku nak ucap terima kasih sebab pernah menjadi sebahagian dari hidup aku.dan aku pernah bahagia disisi kamu kerna kamu sangat baik.namun aku tidak cukup baik untuk kamu jadi takdir memisahkan kita dan menemukan kamu dengan orang yang lebih berhak mendapatkan lelaki seperti kamu.
 
Maafkan diri ini...dan aku akan cuba melupakan kamu...