Jumaat, November 9

WE NEVER EVER GETTING BACK TOGETHER

Dah lama aku tak jengguk blog aku ni..ada rasa rindu nak coret2 dinding blog ni..
 
Berapa tahun aku tak jumpa, tak contact, tak langsung berkaitan tapi tetiba kami jumpa di alam maya..buat pertama kali nya.Aku ingat kau marah aku sepertimana aku telah tinggalkan kau sebelum ini.Namun bila kau txt aku kau langsung tak menunjukkan yang kau sakit hati dan benci pada aku...kau txt aku macam kau kawan lama aku yang hilang tanpa jejak.
 
Aku jadi curiga pula bila kau mula minta no aku.Sebelum ini aku pernah mengharapkan kau mencari aku dan minta no aku seperti hari ini tapi kau cuma diam.dan sekarang bila aku tak mengharapkan apa2 dari kau, kau pula muncul dan minta no aku...apalah guna kau minta no aku sekarang sedangkan aku telah cuba melupakan kau dan sedaya upaya menerima kenyataan kau juga sudah berpunya.
 
Apa patut aku lakukan?Aku sendiri tak pasti kenapa kau berbuat seperti itu dan apa tujuan kau?kau nak membalas dendam ke atau apa?aku minta maaf sebab telah melukakan kau pada suatu masa dahulu.dan sangat menyesali nya...sungguh.tapi mungkin ini takdir kau dan aku jadi aku akur akan takdir yang memisahkan kita dan pernah menyatukan kita suatu masa dulu.
 
Walaubagaimana pun aku nak ucap terima kasih sebab pernah menjadi sebahagian dari hidup aku.dan aku pernah bahagia disisi kamu kerna kamu sangat baik.namun aku tidak cukup baik untuk kamu jadi takdir memisahkan kita dan menemukan kamu dengan orang yang lebih berhak mendapatkan lelaki seperti kamu.
 
Maafkan diri ini...dan aku akan cuba melupakan kamu...

Isnin, Februari 14

Permulaan kerjaya yang aku minat...

Rasa macam terdesak pula bila kengkawan banyak yang berhenti kerja.Rasa nak join tapi nak dapatkan kerja tu yang macam sangat susah.seperti si miskin mencari sebutir nasi.Kengkawan aku berhenti disebabkan oleh seorang perempuan yang baru masuk ke office kamiorang.Masalahnya dia nie jenis kawan yang talam dua muka.kat depan cakap kite bagus tapi kat belakang huh..bukan main menjelekkan kite.Susahnya nak bergaul dengan orang itu.Citernya begini...

Saya mula berkerja disyarikat ini pada tahun Mac 2008, sebagai kerani biasa.Kemudian saya disuruh menjadi kerani yang posting akaun.posting punya posting...dah ok.Mereka suruh saya buat satu company.Company itu berkisar tentang timber.Agak susahlah..pendek kata memang susah.Saya ambik keputusan untuk study dalam bidang perakaunan ini.Memandangkan saya tidak mampu untuk ke mana-mana kolej.Jadi saya ambik course akaun kat institute tempatan yang berdekatan dengan company dan tempat tinggal saya.Dalam masa yang sama boleh jimat.Jimat segala-galanya.Saya ambik course tu step by step.Step pertama dipanggil level 1.Course yang saya ambik tu dipanggil LCCI.Diiktiraf punyalah.Senang je...Pagi saya turun kerja seperti biasa kemudian malam saya akan turun belajar, macam yang pelajar buat tu.Dalam satu minggu ada 2 hari kelas.Dari pukul 6.00 petang hingga pukul 9.00 malam.

Pendekkan citer, Saya belajar sampai level 2.Step ni dah dikira bagus kerana basic kite dah tahu, step ni adalah klimaks...kemudian level 3 dipanggil DIPLOMA IN ACCOUNTING.Pakej dia banyak ada 3 buah buku(subject).Saya hanya ambik accounting saja.sebab masalah kewangan dan saya risau tak dapat masuk semua subject tu sebab semua subject tu paling susah.belum lagi pergi peringkat ACCA, lagi susah.Tapi terkandas kat accounting level 3.Sebab masa ni saya sibuk ngan novel-novel cinta sampai hilang fokus.Sekarang saya belum dapat sambung kerana saya nak utamakan hal yang penting dulu.Lagipun saya dah ada Basic account jadi tak perlu tergesa-gesa sangat.Biar lambat asalkan selamat.......

Masa nak sampai dh ni...nanti sambung lagi kisah aku kat kerja dengan company & bidang yang aku minat.


kita sambung lagi...

sekarang saya dah buat satu company.Bukan timber lagi tapi Company yang buat Spare part.Pendek kata..Trading.masuk sekarang dah setahunlah saya incharge company tu.Perjalanan company itu ok.Lebih senang dari Timber.Tapi pengalaman tu masih lagi perlu ditambah.Kata orang belum cukup lagi.Saya harap perjuangan saya dalam bidang ini tidak terganggu dengan kehadiran perempuan tu.

Sebelum ini kami ok, kemudian muncul seorang perempuan yang boleh dikatakkan gila kuasa.Semua dia nak handle.Termasuk Kunci office pun dia nak.Yang peliknya kunci kat Staff biasa tu dia tak nak alih-alih nak kunci kat si big boss.Apa kes ni..?

Kalau dia dapat tahu kite free sikit, dia terus masuk bilik bos and make some report.Madah kiteorang free giler.Then dia suggest kat bos suruh itu ini.Yang bos saya nie jenis yang slow.Dia kalau orang itu hebat didepan mata dia akan percaya bulat2...

Alkisah sekarang nie ada 4 staff kami yang berhenti sebab tidak suka dengan perangai minah ni.Yang saya kesal sangat 2 daripada staff tu adalah kamceng saya.Tiap kali kami makan, lepak bawah meja, minum milo memang tidak pernah berpisah.Yang saya sedih sangat ialah siapa yang nak join saya lepas ini?dan siapa yang akan bercakap,lepak dengan saya waktu saya free.

Masih Ada ke manusia jenis perempuan itu kat zaman 1 malaysia????!!!!
MySpace Love Comment - 8

love forever

MySpace Love Comment - 1